follow me

Monday, September 6, 2010

Al-Fatihah

Kereta bertembung treler, 4 beranak maut

Keadaan kereta dan treler yang berlanggar dan mengorbankan empat sekeluarga di Sungai Karas, Labis, Segamat semalam.

SEGAMAT: “Sebaik selesai azan Zuhur, dia (Md Sukor Md Dalip, 47,) tanpa berlengah mengambil wuduk. Dia sempat menyuruh semua jemaah Surau Felda Moakil segera berwuduk supaya dapat menunaikan solat Zuhur secepat mungkin,” kata Suwandi Chokro, 58, jiran kepada empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori, semalam.
mayat di usung masuk ke dalam lori dan di hantar ke hospital segamat untuk di bedah siasat

Dalam kejadian di Kilometer 150 Jalan Segamat-Labis, dekat sini, Proton Iswara dipandu Md Sukor bertembung treler ketika mangsa bersama tiga ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Moakil, dekat Labis, kira-kira 2.30 petang semalam.

Pertembungan kedua-dua kenderaan terbabit menyebabkan kereta dinaiki empat beranak berkenaan terperosok di bawah treler sebelum diheret kira-kira 50 meter hingga ke bahu jalan.

Kejadian mengerikan itu membuatkan empat sekeluarga itu tersepit dalam kenderaan dan mati di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera.

Selain Md Sukor, turut terbunuh ialah isterinya, Zaiton Mohd Rasip, 54, serta dua anak mereka, Mohamad Syafiq, 16, dan Mohamad Syazwan, 15.

Menceritakan semula detik sebelum kejadian, Suwandi berkata, jirannya itu kelihatan gembira dan beria-ia mahu menunaikan solat Zuhur berjemaah.

MD SUKOR

ZAITON

MOHAMAD SYAFIQ

MOHAMAD SYAZWAN

p/s: salah sorg drpd mangsa adalah sahabat adek saya iaitu arwah mohd syafiq..hadiahkan Al-Fatihah utk mereka semua..semoga roh mereka tenang di alam sana...amin..

sources: Metro Online

8share