follow me

Monday, August 6, 2012

Stand Up For The Champion!

Salam satu Malaysia! Hari ini Malaysia penuh emosi apabila melihat Datuk Lee Choong Wei kecundang di tangan Super Dan iaitu LinDan untuk memenangi EMAS pertama Malaysia! menerusi acara Badminton Perseorangan Lelaki. Choong Wei kalah dengan mata 21-15, 10-21, 19-21.. Tanpa berceloteh banyak jom lah tengok gambar yang penuh emosi selepas perlawanan antara LinDan dan Choong Wei berlangsung~ Zasssssssssssssssssssssss


jika sebutir emas Olimpik berjaya diperolehi dari DLCW, RM 1juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) , RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings Sdn. Bhd. , dan jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai lebih RM 2juta ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam dan elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang emas olimpik.

manakala rakyat Malaysia, akan mendapat ice cream percuma yang ditawarkan oleh Baskin Robbins pada esok hari 8 Ogos 2012 di semua outlet dari pukul 8 malam hingga 10 malam.

pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan percuma kepada pelanggan iaitu Restoran Original Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd, Pulau Pinang
TAHUKAH KAMU...? ini pentas terakhir buat Dato'...
syabas dan tahniah Dato', anda telah melakar nama Malaysia di mata dunia... kami bangga dengan pencapaianmu....
disaat DLCW tidak berdaya meneruskan langkah digelanggang... inilah dua insan yang teguh melangkah ke arah DLCW untuk memberinya tiupan semangat...
Berapa ramai yg turut "emosi" bsama DLCW td?
walaupun tewas, ia tidak berakhir buat Malaysia... di manakah pelapis-pelapis yang akan mengisi tempat yang ditinggalkan DLCW ini...? bilakah lagi agaknya kita rakyat Malaysia akan melihat WIRA kita beraksi di pentas Olimpik/Antarabangsa..? tibalah masanya BAM dan MSN untuk menggerakkan pencarian drastik untuk terus mencari, mencungkil bakat, menggilap, dan menghasilkan seorang atau dua orang atau tiga orang atlit yang mampu membawa nama MALAYSIA di pentas dunia pada suatu ketika kelak...
DLCW terus ditemuramah oleh wartawan-wartawan antarabangsa...
JALUR GEMILANG berkibar dibumi LONDON...
kami rakyat Malaysia melihat seorang PERMATA MALAYA disana...
jangan nangis dato'... rakyat Malaysia semua sayangkan anda... andalah wira Malaysia dato'...
"saya minta maaf kerana tidak dapat bawa pingat emas kepada negara"

Dato Lee Chong Wei di Twitternye tadi.
selamat tinggal Olimpik...
p/s: Bukan rezeki anda olimpik ni..xpe..ini hnya duniawi..kahwin laa cepat! Tu bru kebahagian yg hakiki..bnyk rezeki nnt.. :) #ThankYouLeeChongWei


Sumber: Dari FB Support Malaysia League (MSL)

4 comments:

Dilakochan said...

Smlm lepas habis game xrelaa tgu penyampaian pingat.

Tp tgk photo2 dr FB, wajah hampa DLCW mmg sedihhh sgt! :'(

jimmy al ghazali indra said...

salam dari indonesia

Cik Ateen said...

@Dilakochan
bukan rezeki DLCW~
huhu..
tapi tgk dier balik Malaysia..
dier kelihatan ok jer..
think positive myb~

Cik Ateen said...

@jimmy al ghazali indra
salam dr Malaysia..
tq for coming this blog
:)

8share