follow me

Wednesday, October 24, 2012

Langkah-Langkah Yang Harus Anda Ambil Jika Mahu Konvo! (UiTM)

Salam satu Malaysia! kemain panjang title aku tu.. hahaha..biarkan..biar panjang asalkan korang paham..hehe..Ok sekarang ni musim konvo kn? tengok kat FACEBOOK pown dah tau uolll...kat UKM, UTM sume sedang beronok2 konvo.. kita UiTM bila lagi? nak jugak beronok2 mcm diorg.. beronok2 ker kita nnt.. hopefully..pe2 pown kita enjoyyyyyyyyyyy(gediks mcm nora danish)

Ok arini aku nak share sedikit info bagaimana cara atau langkah2 yang harus di ambil untuk melancarkan proses konvokesyen anda.. alaa senang jer uolllsss.. kan kat bahagian UiTM portal pown dah ajar.. meh saya share kat cni pulak..hahaha! 

LANGKAH 1
(Telah dibuka pada 12 Julai hingga 18 September 2012)
SAHKAN MAKLUMAT PERIBADI
1.   Semak & sahkan maklumat peribadi anda (di sini)
Penting : Pastikan nama anda seperti yang tertera di MyKad 
(DONE)

LANGKAH 2
 (Dibuka mulai 18 September 2012 hingga 17 Oktober 2012)
SAMAN DAN DENDA UNIVERSITI
1.     Semak saman dan denda universiti anda (di sini) 
2.     Sekiranya ada, sila jelaskan dengan segera

Penting: Kegagalan anda untuk menjelaskan bayaran di atas akan menyulitkan proses cetakan  Borang Pinjaman Jubah Graduan
(DONE)

LANGKAH TERAKHIR GRADUAN
(Dibuka mulai 24 Oktober 2012 hingga 17 November 2012
PENGESAHAN KEHADIRAN & BORANG JUBAH
1. Cetak dan baca Panduan Istiadat Konvokesyen (di sini)
2. Sahkan kehadiran anda dan Cetak Borang Pinjaman jubah anda (di sini)
3. Cetak bil yuran konvokesyen dan sila buat bayaran di Bank Islam. (di sini)
4. Cetak Kajian Pengesanan Graduan (di sini)
5. Sekiranya anda berminat untuk membeli rakaman Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77,   sila cetak Borang DVD (di sini).
6. Anda juga boleh mengabadikan kenangan manis anda bersama keluarga tersayang dengan foto keluarga di studio Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis UiTM. Sila Klik di sini
 _________________________________________________________________
 
 Haa..camne paham x langkah2 kat atas tu? Saya yakin yang korang mesti dah selesai yang LANGKAH 1 & LANGKAH 2..betol x? mesti btol nya.. then nanti  korg g bursary cek yuran konvo then cetak slip tu bawak g Bank Islam jelaskan bayaran yer.. if malas g Bank Islam buat jer pembayaran dengan menggunakan mesin ATM ok.. Tak silap saya dekat lain2 tu..hafal laa 13 digit kat slip yuran konvo uollsss tu..ok selesai masalah bayaran yuran.. next? 
 Then, jangan laa korang dah bayar yuran tapi xsahkan kehadiran anda ke konvokesyen.. jangan lupe cetak sekaly borang peminjaman jubah.. kang ade jugak yang konvo pakai baju kelawar tidur tu jer..haha.. jubah penting uollsss..tu laa simbolik kita konvo.. if x sama jer mcm amek sijil biasa kat atas pentas... hope aku dalam laa jubah yang molek2 comel ckit..baru laa selesa uollss..hehe..nnt dah cetak borang tu bawak masa amek jubah yer korg.. dah amek jubah bole laa pre konvo!! then bila tiba masanya beronok2 laa anda pada hari konvo nanti!

Sahkan kehadiran anda then cetak borang jubah yer~ Aku punya no giliran tu btol ker? A4?? hmmm
Cetak slip yuran then buat pembayaran di kaunter Bank Islam/ ingt 13 digit tu bayar guna mesin ATM jer.. janji dalam acc ade duit yer!
 
 

Tahniah! diatas semua tindakan yang telah diambil.
Selamat bergraduasi bagi Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77

5 comments:

Sweet♠Spade said...

salam. awk. sye da byr guna atm mcm sye byr yuran dlu. ape yg sye ade hanyalah resit bayaran yuran konvo tu. cmne ye? pening la. pls reply. tkde sorg pn kwn sye yg byr guna atm.

Cik Ateen said...

Awk bwk jer řešit tu masa amek jubah..huhu.. N ape yg awak pening..saya cuba bantu..sorry late..huhu

Anonymous said...

salam.sy nk tny.kalau pakai atm kn,mesti kene ad akaun number bendahari uitm.mane nk dpt ek?ke guna yg 13 digit tu.xfhm la.pls.a.s.a.p.sy tgh pening nie

Cik Ateen said...

@Anonymous
sorry late..
awk pg jer kat mesin atm.. pastu pg kat bhgn lain2..
nnt ade yuran ipt kowt..
yuran konvo ade dlm list tu..

sofia said...

as'salam... nak tny, jubah or long dress xblh pki ke?? pakaian gaun atau skirt melebihi paras lutut tu mksud die long dress ke??

8share